Berikut ialah kategori orang awam/Perniagaan/Syarikat (SYT) yang dibenarkan untuk mendaftar di Portal e-bida UTeM:
Individu/Perniagaan/Syarikat perlu mempunyai kad kredit/kad debit atau perbankan atas talian bagi memudahkan proses transaksi dilakukan. Syarat-syarat lain tertakluk kepada kelulusan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Orang awam atau pengguna portal e-bida UTeM disarankan menggunakan e-mel Gmail yang aktif bagi memudahkan penerimaan sebarang notifikasi daripada Sistem e-bida UTeM. Untuk e-mel korporat, sila pastikan urusetia e-mel anda membenarkan e-mel dari luar dan juga semak capaian spam/junk mail.
Sebarang kemaskini maklumat peribadi boleh dibuat dalam sistem e-bida UTeM (Akaun Saya) sebelum tamat waktu bidaan (jika membida). Jika tidak, maklumat peribadi ini akan dicetak di atas surat rasmi kelulusan dan tidak boleh ditukar.
Orang awam atau pengguna portal e-bida UTeM disarankan untuk menggunakan browser Chrome Version 73, Internet Explorer 11, Android Version 6 atau IOS 10 dan ke atas untuk paparan yang lebih baik.
Tempoh Bidaan untuk satu (1) siri nombor pendaftaran kenderaan berlangsung selama lima (5) hari bermula pada pukul 12.00 tengah hari dan tamat pada pukul 12.00 tengah hari pada hari kelima (5). Waktu bidaan diambil kira sepanjang tempoh bidaan berlangsung dan bukannnya pada waktu bayaran bidaan pada pihak bank.
*Anda digalakkan untuk melakukan bidaan awal untuk kelancaran semua proses.
Elakkan aktiviti bidaan disaat akhir bagi mengelakkan gangguan bayaran.
Pembida akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak RM10.00 iaitu sebagai yuran bidaan bagi setiap nombor pendaftaran yang dibida dan perlu dibayar sebelum membuat bidaan. Bayaran ini merupakan Hasil Kerajaan dan tidak akan dikembalikan.
Tiada deposit diperlukan tetapi pembida perlu membayar harga minima atau lebih dari harga minima bagi setiap nombor kenderaan yang dibida pada kali pertama. Bayaran bidaan berikutnya adalah berdasarkan jumlah peningkatan bidaan yang dibuat.
*Pastikan had kad kredit anda mencukupi.
Setiap nombor kenderaan mempunyai kategori dan nilai ditentukan mengikut jadual berikut:
Setiap amaun bidaan pertama yang dibida mestilah sama atau melebihi harga minima yang ditetapkan mengikut kategori.
Formula:
Harga Minima Bidaan + Kenaikan Bidaan Minima = Jumlah Bidaan
Peningkatan minima bidaan adalah mengikut kategori nombor dengan ketiadaan had untuk peningkatan maksimum.
Segala transaksi semasa bidaan adalah menggunakan kaedah Pre-Authorization
Untuk kaedah pembayaran secara FPX, pembida yang Tidak Berjaya akan dipulangkan wang dalam tempoh 14 hari bekerja.
Tiada had untuk membida.
TIDAK. Pembida tidak dibenarkan menarik balik bidaan sepanjang tempoh bidaan berlangsung.
Ya, segala aktiviti yang melibatkan nombor plat eksklusif UTEM yang dibida akan dikemaskini di dalam “Bidaan saya” atau pemberitahuan e-mel.
Keputusan bidaan rasmi akan dikeluarkan dalam tempoh 24 jam selepas bidaan tamat bergantung kepada transaksi dengan pihak bank.
Pentadbir sistem akan menghantar e-mel makluman kepada pembida untuk memaklumkan status bidaan samada berjaya atau gagal. Keputusan bidaan juga boleh dilihat di portal e-bida UTeM melalui pilihan menu “Bidaan Saya”.
Pembayaran bidaan boleh dibuat melalui dua (2) seperti berikut:
Pembida boleh menggunakan lebih dari satu kad kredit atau kad debit untuk membuat tambahan bidaan.
Jika bidaan berjaya, amaun bidaan akan ditolak dari kad kredit/ kad Debit pembida dengan serta-merta.
Pembatalan transaksi oleh pihak bank akan dilakukan dan amaun akan dikreditkan semula ke kad kredit/kad debit atau akaun bank pembida. Tiada caj yang akan dikenakan.
Amaun penyelesaian bayaran akan dikreditkan ke kad kredit pembida dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja manakala bagi penggunaan kad debit bayaran akan dikreditkan dalam tempoh 14 hari bekerja bergantung kepada bank pengeluar kad kredit/ kad debit (issuer). Bagi penggunaan perbankan atas talian FPX, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank pembida dalam tempoh 14 hari bekerja.
Sekiranya terdapat sebarang masalah yang melibatkan kad kredit/ kad debit, pembida boleh terus berhubung dengan bank pengeluar kad kredit/ kad debit (issuer).
Pemenang boleh hadir sendiri ataupun mana-mana wakil pemenang ke JPJ Negeri Melaka (Bukit Katil) atau JPJ Wilayah Persekutuan (Wangsa Maju) dan perlu membawa dokumen seperti di bawah:
Pemenang boleh mendaftar nombor plat eksklusif UTEM di JPJ berkaitan selepas mendapat Surat Keputusan.
Pembida yang berjaya akan mendapat Surat Keputusan bidaan melalui sistem e-bida UTeM (Bidaan Saya) dan pembida boleh mencetak surat keputusan tersebut bagi tujuan pendaftaran nombor kenderaan
Tempoh akhir bagi pendaftaran nombor kenderaan adalah 12 bulan dari tarikh pengeluaran Surat Keputusan.
Nombor pendaftaran kenderaan yang dimenangi akan ditarik balik tanpa sebarang notis dan bayaran yang telah dibuat TIDAK akan dikembalikan dan menjadi hasil Kerajaan.
Nombor plat yang dimenangi boleh ditukar nama kepada penama lain dengan membuat permohonan kepada UteM menggunakan borang yang disediakan dan caj bayaran sebanyak RM 100.00 perlu dibayar kepada UTeM sebelum pendaftaran di Pejabat JPJ.
Penukaran boleh dilakukan di Unit Pengurusan Penjanaan Pendapatan, Pejabat Bendahari Aras 1, Bangunan Canselori UTeM. Sila bawa dokumen seperti surat keputusan asal, kad pengenalan pemohon dan penama baru.
Permohonan lanjutan tempoh pendaftaran TIDAK dibenarkan.
Sila hubungi pegawai berkaitan di talian 06-2704409 (Fudhail) / 06-2702080 (Ezean) atau email kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. (Pusat Strategik Penjanaan Pendapatan) untuk mendapatkan bantuan atau pertanyaan lanjut.
Pegawai untuk dihubungi:
Puan Noorhaizah : 06-270 2079 | Puan Nurul Azwan : 06-270 1585
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
* Penjualan diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Hasil (BPH), Pejabat Bendahari UTeM